Rembang[1] merupakan suatu titik khayalan yang secara langsungnya berada "di atas" yakni arah menegak yang bertentangan suatu kedudukan tertentu pada sfera cakerawala khayalan melawan tarikan graviti yang ketara di kedudukan tersebut. Arah yang bertentangan iaitu arah tarikan graviti merupakan arah yang dikenali sebagai nazir.