Ziela Jalil | |
---|---|
Kelahiran | Norzilah binti Abdul Jalil 14 November 1970[1] |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penerbit |
Tahun aktif | 1986–kini |
Pasangan | Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayob (k. 1991; m. 2008) Dato' Syed Osman bin Syed Omar Al-Habshee (k. 2019) |
Anak-anak | 3 (termasuk seorang anak angkat)[2] |
Ibu | Noradilri binti Abdullah |
Bapa | Abdul Djhallil bin ...... |
Keluarga | Liza Abdullah (Mak Saudara) |
Dato' Norzilah binti Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Ziela Jalil (lahir 14 November 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A. R. Badul menerusi filem humor, Mr. Os. Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang dan Driving School), Z. Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), dan Raja Ahmad Alauddin (Kayangan).