Zon Larangan Terbang Iraq | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada kejadian selepas Perang Teluk | |||||||
Perincian zon larangan terbang | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() ![]() ![]() |
![]() | ||||||
Kekuatan | |||||||
6,000 infantri 50 buah pesawat dan 1,400 anggota pada satu-satu masa | Jumlah anggota tidak diketahui dari Tentera Udara Iraq dan Polis Iraq | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
2 x helikopter UH-60 Blackhawk ditembak jatuh (tembakan pihak sekutu, 26 mati) 19 x anggota Tentera Udara Amerika Syarikat telah diaturgerak sebagai sebahagian daripada operasi terbunuh dalam Pengeboman Menara Khobar 5 x pesawat udara tanpa pemandu RQ-1 Predator ditembak jatuh |
Jumlah tentera terbunuh tidak diketahui Jumlah sistem pertahanan udara yang musnah tidak diketahui 1 x MiG-25 Foxbat ditembak jatuh 1 x MiG-23 Flogger ditembak jatuh 2 x Su-22 Fitter ditembak jatuh | ||||||
1,400 orang awam Iraq terbunuh (dakwaan kerajaan Iraq)[1] |
Konflik zon larangan terbang Iraq merujuk pada konflik berskala rendah yang berlaku di dalam zon larangan terbang (ZLT) di Iraq yang diistiharkan oleh Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Perancis selepas Perang Teluk pada 1991. Amerika Syarikat menyatakan bahawa kewujudan ZLT bertujuan untuk melindungi etnik minoriti Kurdish di utara Iraq dan Syiah di selatan. Pesawat Iraq dilarang untuk terbang dalam zon-zon ini. Polisi ini telah dikuatkuasakan oleh pesawat-pesawat A.S., Britain, dan Perancis yang meronda sehingga Perancis menarik diri pada tahun 1996.[2]
Kerajan Iraq telah mendakwa 1,400 orang awam telah terbunuh dalam pengeboman Pihak Sekutu sepanjang tempoh ini.[3] Wilayah utara yang dikuasai oleh Kurdish mendapat autonomi efektif dan dilindungi daripada ketakutan akan berulangnya genosid Anfal yang terjadi pada tahun 1988 yang telah membunuh berpuluh ribu orang awam. Lebih daripada 280,000 sorti telah dilakukan pada 9 tahun pertama.[4]
Tindakan ketenteraan ini tidak diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.[5] Setiausaha Agung PBB semasa resolusi ini diluluskan, Boutros Boutros-Ghali telah memanggil zon-zon larangan terbang ini sebagai "haram" dalam satu temuduga dengan John Pilger.[6][7]