Ulek Mayang (Tulisan Jawi: اولق مايڠ) ialah tarian tradisional Malaysia khas negara bagian Terengganu. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan ensembel Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordeon. Lagu yang mengiringi persembahan Ulek Mayang biasanya dinyanyikan dalam Bahasa Melayu Terengganu.[1]