Abd-ul-Aziz

Abdülaziz
عبد العزيز
Khalifah Islam
Amir al-Mu'minin
Sultan di Empayar Uthmaniyyah
Penjaga Dua Masjid Suci
Sultan Abdülaziz pada tahun 1873
Khalifah ke-24 dari Khilafah Uthmaniyyah
Sultan Uthmaniyyah ke-32 (Maharaja)
Pemerintahan2 Jun 1861 – 30 Mei 1876
PendahuluAbdülmecid I
PengantiMurad V
Keputeraan9 Februari 1830
Istanbul
Kemangkatan4 Jun 1876(1876-06-04) (umur 46)[1]
Istana Çırağan
PermaisuriDürrinev Kadınefendi
Edadil Kadınefendi
Hayranidil Kadınefendi
Neşerek Kadınefendi
Gevheri Kadınefendi
Yildiz Hanimefendi
DinastiOsmanli (Uthmaniyyah)
AyahandaMahmud II
BondaPertevniyal Sultan
AgamaSunni Islam
TughraTandatangan Abdülaziz عبد العزيز

Abdülaziz dari Empayar Uthmaniyah atau Abdülaziz I (Turki Uthmaniyyah: عبد العزيز / `Abdü’l-`Azīz, Turki: I. Abdülaziz; 9 Februari 1830 – 4 Jun 1876) adalah Sultan ke-32 dari Empayar Uthmaniyyah dan memerintah antara 25 Jun 1861 hingga 30 Mei 1876.[1] Beliau merupakan anak lelaki kepada Sultan Mahmud II dan mengantikan abang beliau Abdülmecid I pada tahun 1861.[2]

Beliau telah dilahirkan di Istana Eyüp, Istanbul,[3] pada 9/18 Februari 1830. Meskipun beliau menerima pendidikan Uthmaniyyah, Abdülaziz juga menunjukan minat terhadap pendidikan di Barat. Beliau merupakan Sultan Uthmaniyyah pertama yang mengembara ke Eropah Barat, melawat beberapa ibu kota utama termasuk Paris, London dan Vienna pada musim panas tahun 1867.

Selain minat beliau terhadap Tentera Laut Uthmaniyyah, yang mana menjadi armada ketiga terbesar di dunia pada tahun 1875 (selepas Britain dan Perancis), beliau juga berminat dalam mendokumenkan berkenaan Empayar Uthmaniyyah. Selain itu, Abdul Aziz juga mengemari kesusasteraan dan merupakan seorang pengubah muzik klasik yang berbakat. Beberapa gubahan beliau, bersama-sama gubahan daripada anggota keluarga dinasti Uthmaniyyah yang lain, telah dikumpulkan dalam sebuah album bertajuk "Muzik Eropah di Istana Uthmaniyyah" oleh Akademi Muzik Istana Uthmaniyah London.[4]

  1. ^ a b Hoiberg, Dale H., penyunting (2010). "Abdülaziz". Encyclopædia Britannica. 1 (ed. 15th). Chicago, IL: Encyclopædia Britannica Inc. m/s. 21. ISBN 978-1-59339-837-8.
  2. ^ Chambers Biographical Dictionary, ISBN 0-550-18022-2, page 2
  3. ^ Britannica, Istanbul: When the Republic of Turkey was founded in 1923, the capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed Istanbul in 1930.
  4. ^ "European Music at the Ottoman Court", London Academy of Ottoman Court Music. CD album released on 6 November 2000. ASIN: B0000542KD.

Abd-ul-Aziz

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne