Agama Yahudi

Teras kepercayaan penganut Agama Yahudi adalah wujudnya Tuhan yang Maha Esa (YHWH), pencipta dunia yang menyelamatkan Bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang YHWH (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat. Agama Yahudi merupakan agama monoteisme yang berpegang kepada kepercayaan bahawa Tuhan adalah satu dan tunggal, dan merupakan salah satu agama dari keluarga agama samawi.

Yahudi ("Judaica") (pusingan jam dari atas): Kaki lilin Shabbat, cawan basuh tangan, Chumash dan Tanakh, penunjuk Torah, shofar dan kotak etrog.

Penganut Yahudi percaya YHWH telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada YHWH. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabi Ishak dan Yaakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yaakub ialah dari bangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan (Chosen One). Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan YHWH. YHWH kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintahmelalui ketua mereka Nabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.

Sinagog merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakala Rabbi ialah mereka yang pakar dalam hal-hal keagamaan.


Agama Yahudi

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne