Airbus A380 | |
---|---|
Singapore Airlines 9V-SKA, A380 yang pertama dalam perkhidmatan komersial | |
Peranan | Pesawat penumpang |
Pengeluar | Airbus |
Penerbangan pertama | 27 April 2005 |
Diperkenalkan | 25 Oktober 2007 dengan Singapore Airlines |
Syarikat penerbangan utama | Singapore Airlines Emirates Airline Lufthansa Malaysia Airlines Qantas |
Dikeluarkan | 2004 – kini |
Jumlah dibina | 27 (setakat Mac 2009)[1] |
Kos unit | AS$317.2-337.5 juta[2] |
Airbus A380, adalah pesawat dua dek, berbadan lebar berenjin empat yang dikeluarkan oleh perbadanan Eropah Airbus, sebuah anak syarikat EADS. Pesawat penumpang terbesar kini, A380 membuat penerbangan yang pertamanya pada 27 April 2005 dari Toulouse, Perancis,[3] dan membuat penerbangan komersial pertamanya pada 25 Oktober 2007 dari Singapura ke Sydney dengan Singapore Airlines. Pesawat telah diketahui sebagai Airbus A380 sepanjang masa bagi fasa pembangunannya, tetapi nama samaran Superjumbo telah dikaitkan dengan ia semenjak itu.
Dek atas A380 dilanjutkan sepanjang hampir keseluruhan panjang bagi fiuslaj, dan kelebarannya bersamaan satu pesawat berbadan lebar. Ini membenarkan sebuah kabin dengan 50% lebih banyak ruang lantai berbanding pesawat terbesar lain, Boeing 747-400 [4] dan membekalkan tempat duduk untuk 525 penumpang dalam konfigurasi standard tiga-kelas, [5][6] atau sehingga 850 penumpang dalam konfigurasi semua kelas ekonomi.[7] A380 ditawarkan dalam versi penumpang dan pesawat pengangkut. A380-800, model penumpang, adalah pesawat penumpang terbesar di dunia, tetapi mempunyai fiuslaj lebih pendek daripada Airbus A340-600, yang merupakan pesawat penumpang terbesar Airbus lain. A380-800F, model pesawat pengangkut, ditawarkan sebagai satu daripada pesawat kargo terbesar, dengan satu senarai keupayaan muatan yang hanya dilebihi oleh Antonov An-225.[8] A380-800 mempunyai satu reka bentuk jarak 15,200 km (8,200 nmi), sebagai contoh cukup untuk terbang dari Boston ke Hong Kong, dan kelajuan terbang Mach 0.85 (kira-kira 900 km/j atau 560 bsj pada altitud sederhana).[5] Ia adalah jet komersil pertama berupaya menggunakan bahan api berasaskan-GTL.