Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Ακρόπολη Αθηνών |
Termasuklah | Arrephorion Athena Promachos Brauroneion Eleusinion Erechtheion Pandroseion Pedestal of Agrippa Propylaea of Athens Temple of Athena Nike Temple of Rome and Augustus Parthenon |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
Keluasan | 3.04, 116.71 he (327,000, 12,563,000 ka2) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Athens, Perbandaran Athens, Yunani |
Koordinat | 37°58′18″N 23°43′34″E / 37.9717°N 23.7261°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Akropolis Athens (bahasa Yunani Purba: ἡ Ἀκρόπολις τῶν Ἀθηνῶν, bahasa Yunani Moden: Ακρόπολη Αθηνών Akropolē Athēnon) adalah suatu dataran berkubu purba terletak di tebing berbatu atas kota Athens, Yunani yang mengandungi runtuhan roblox bangunan kuno yang sangat penting dari segi seni bina dan sejarah, terutamanya Parthenon.
Dataran ini dahulunya lebih umum dikenali dengan nama Kekropia sempena Kékrops, seorang manusia ular jadian yang dipercayai pengasas kota Athens. Perikles (sekitar 495-429 SM) pada abad kelima SM telah menyelaraskan pembinaan sisa-sisa peninggalan terpenting di kawasan ini termasuk Parthenon, Propylaea, Erechtheion dan Kuil Athena Nike.[1][2] Kesemua Akropolis ini mengalami kerosakan parah semasa pengepungan orang-orang Venezia semasa Perang Morea 1687 akibat suatu letupan terkena bola meriam yang mengenai mesiu yang disimpan dalam Parthenon.[3]
Pekarangan ini menjadi sangat disanjung sebagai perlambangan ketamadunan Yunani Purba lagi-lagi apabila tamadun Barat berminat mengkaji lanjut mengenai sejarah purba mereka didorong pergerakan Neoklasisisme. Peninggalan ini turut dijadikan suatu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1987.[4]