Sebahagian daripada siri |
Fizik kosmologi |
---|
Alam semesta boleh cerap merupakan alam semesta yang telah dikaji dan dicerap setakat radius 46 bilion tahun cahaya.[1][2] Setakat ini alam semesta boleh dicerap hanya boleh dilihat dalam jarak 13.7 bilion tahun cahaya[3][4] kerana cahaya hanya boleh bergerak dalam anggaran 13.7 bilion tahun, tetapi disebabkan pengembangan alam semesta, jarak cahaya yang sepatutnya 13.7 bilion tahun cahaya sekarang telah bertambah kepada 46 bilion tahun cahaya.[1]