Jenis | Penyiaran rangkaian radio dan TV |
---|---|
Negara | |
Ketersediaan | Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Caribbean, juga diedarkan di United Kingdom, Filipina, New Zealand, dan Amerika Latin |
Slogan | America's Network, ABC |
Pemilik | The Walt Disney Company |
Induk | Disney-ABC Television Group |
Orang penting | Robert Iger, CEO The Walt Disney Company Anne Sweeney, pengerusi bersama Disney Media Networks dan Presiden, Disney-ABC Television Group |
Tarikh pelancaran | 12 Oktober 1943 (radio) 19 April 1948 (TV) |
Nama lama | NBC Blue Network |
Laman sesawang | www.abc.com |
American Broadcasting Company, (ABC, bahasa Melayu: "Syarikat Penyiaran Amerika") ialah sebuah rangkaian televisyen Amerika Syarikat yang diasaskan pada tahun 1943 dengan berpecah dari rangkaian radio Biru NBC. ABC kini dimiliki Syarikat Walt Disney dan merupakan sebahagian Kumpulan Televisyen Disney-ABC. ABC mula disiarkan di TV pada tahun 1948. Ibu pejabat korporatnya terletak di Manhattan, Bandar Raya New York, sementara jabatan-jabatan rancangannya bertapak di Burbank, California, berhampiran Studio Walt Disney dan ibu pejabat korporat Syarikat Walt Disney. ABC merupakan rangkaian TV yang paling kerap ditonton pada tahun 2008.
Nama rasmi operasinya ialah American Broadcasting Companies, Inc., dan nama itulah yang kelihatan pada notis hakcipta untuk hasil penerbitan sendirinya serta pada semua dokumen rasmi syarikat, termasuk cek dan kontrak. Sebuah entiti berasingan bernama ABC Inc., dahulunya Capital Cities/ABC Inc., merupakan syarikat induk langsung firma ini, dan syarikat itu pula dimiliki Disney. Rangkaian ini kadang-kadang dipanggil Alphabet Network, kerana singkatannya "ABC" merupakan tiga huruf Rumi yang pertama.