Angkatan Darat Tentera Rakyat Nasional Landstreitkräfte der Nationalen Volksarmee | |
---|---|
Aktif | 1 Mac 1956 – 2 Oktober 1990 |
Negara | Jerman Timur |
Kesetiaan | Pakatan Warsaw |
Peranan | Tentera darat |
Saiz | 105.850 tentera, masa aman, 1990 394.350 tentera, masa perang, 1990[1] |
Sebahagian daripada | Kommando Landstreitkraefte (sejak 1972) |
Pangkalan | Geltow, Potsdam-Mittelmark |
Angkatan Darat Tentera Rakyat Nasional[2] (Bahasa Jerman: Landstreitkräfte der Nationalen Volksarmee - LaSK), adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Tentera Rakyat Nasional (NVA) Republik Demokratik Jerman (GDR). Markas Angkatan Darat, yang terletak di Geltow telah ditubuhkan pada 1 Disember 1972 sebagai sebuah badan pengurusan yang diwujudkan untuk tentera darat. NVA sendiri telah ditubuhkan pada 1 Mac 1956 daripada Kasernierte Volkspolizei (Garison Polis Rakyat).