Angkatan Udara Tentera Rakyat Nasional

Angkatan Udara Tentera Rakyat Nasional
Luftstreitkräfte der Nationalen Volksarmee
Lambang Tentera Udara Jerman Timur
Aktif1 Mac 1956 - 2 Oktober 1990
Negara Jerman Timur
PerananTentera udara
Saiz45,000 anggota, 800 pesawat tempur (1989)

Angkatan Udara Tentera Rakyat Nasional (Bahasa Jerman: Luftstreitkräfte der Nationalen Volksarmee - LSK) adalah tentera udara Jerman Timur. Sama dengan Landstreitkräfte, Volksmarine, dan Pasukan Sempadan, ia merupakan cabang utama Tentera Rakyat Nasional (NVA).

Nama Luftstreitkräfte asalnya digunakan untuk kor udara Empayar Jerman diantara tahun 1910 dan penghujung Perang Dunia I pada tahun 1918. Walau bagaimanapun, tentera udara Jerman Barat mengguna pakai nama "Luftwaffe" seperti yang digunakan oleh tentera udara Reich Ketiga dari tahun 1935 hingga hujung Perang Dunia II.

Pada penghujung November 1953, penyusunan semula unit-unit udara menyaksikan unit udara dipindahkan terus dari Kementerian Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri dan Ketua Polis Rakyat. Rejimen udara telah disusun semula kepada Aero Club 1 (Cottbus), 2 (Drewitz) dan 3 (Bautzen), yang seterusnya dibahagikan kepada dua bahagian. Bermula tahun 1954, pesawat tambahan Z-126 dan M-1D daripada pengeluaran Czechoslovakia telah disediakan.[1]

Pada 1 Mac 1956 tentera udara tersebut secara rasminya ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Tentera Rakyat Nasional, susulan kemasukkan GDR kedalam perikatan Pakatan Warsaw. Pada mulanya tentera udara itu (LSK), dengan markas di Cottbus, adalah berasingan daripada Luftverteidigung (Pertahanan Udara, bermarkas di Strausberg (Eggersdorf). Ia bertujuan untuk menubuhkan tiga divisyen pesawat pejuang, sebuah divisyen pesawat penyerang dan sebuah divisyen anti pesawat. Walau bagaimanapun, akhirnya hanya Divisyen 1 Udara dan Divisyen 3 Udara dan Divisyen 1 Flak telah ditubuhkan.[2] Pada 1 Jun 1957 terdapat penggabungan dua pentadbiran di Strausberg (Eggersdorf), dan markas baru telah dinamakan semula sebagai Kommando LSK/LV.

  1. ^ "Administration of the Aero Club (Federal Archive)
  2. ^ Heinrich Engelhardt:NVA Luftstreitkräfte/Luftverteidigung In: Klaus Naumann:NVA: expectations and reality,according to selected documents mediator, Berlin / Bonn /... Herford, 1993, ISBN 3-8132-0430-8.

Angkatan Udara Tentera Rakyat Nasional

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne