Antonio Vivaldi

Antonio Vivaldi
Potret Vivaldi s. 1723[1]
Kelahiran(1678-03-04)4 Mac 1678
Meninggal dunia28 Julai 1741(1741-07-28) (umur 63)
Vienna, Austria Habsburg
Tempat ditanamKarlskirche, TU Wien
PekerjaanPemuzik, penggubah lagu
Tandatangan

Antonio Lucio Vivaldi [Itali: [anˈtɔːnjo ˈluːtʃo viˈvaldi]  ( listen) (4 Mac 1678 – 28 Julai 1741) merupakan seorang penggubah lagu, paderi, dan pemain biola virtuoso (luar biasa hebatnya) bangsa Itali kelahiran Republik Venezia.

Beliau banyak mengarang dan menggubah konserto khusus dimainkan dalam biola dan alat lain dalam kumpulan anak yatim Ospedale della Pietà diketuainya sebagai seorang paderi dan kakitangan di rumah tersebut dari 1703 hingga 1715 dan dari 1723 hingga 1740, beliau turut menggubah gita puja dan opera. Mahakarya paling terkenal beliau ialah himpunan konserto biola Le quattro stagioni.

Beliau dikenali sebagai salah seorang komposer Baroque teragung, dan pengaruhnya sepanjang hayatnya tersebar luas di Eropah. Namun, kemasyhurannya merudum selepas pemergiannya sehingga karya-karyanya ditemui semula awal abad ke-20.

  1. ^ "An anonymous portrait in oils in the Museo Internazionale e Biblioteca della Musica di Bologna is generally believed to be of Vivaldi and may be linked to the Morellon La Cave engraving, which appears to be a modified mirror reflection of it." Michael Talbot, The Vivaldi Compendium (2011), p. 148.

Antonio Vivaldi

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne