Apocalypse Now | |
---|---|
Fail:Apocalypse Now poster.jpg Theatrical release poster by Bob Peak | |
Pengarah | Francis Coppola |
Penulis |
|
Narration by | Michael Herr |
Dihasilkan oleh | Francis Coppola |
Dibintangi | |
Sinematografi | Vittorio Storaro |
Disunting oleh | |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | United Artists |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 153 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | bahasa Inggeris |
Bajet | $31.5 juta[2] |
Pecah panggung | $150 juta[3] |
Apocalypse Now ialah sebuah filem epik perang tahun 1979 arahan, terbitan dan ditulis bersama Francis Ford Coppola; dengan barisan lakonan Marlon Brando, Robert Duvall, Martin Sheen, Frederic Forrest, Albert Hall, Sam Bottoms, Laurence Fishburne dan Dennis Hopper. Lakon layar filem ini diadaptasi daripada novela Heart of Darkness nukilan Joseph Conrad, di mana latar tempatnya diubah dari Congo pada abad ke-19 kepada Vietnam ketika negara tersebut berada dalam konflik persenjataan pada tahun 1960-an.
Filem ini mengisahkan suatu perjalanan skuad tentera dari Vietnam Selatan ke Kemboja di mana pemimpin skuad ini, Kapten Benjamin L. Willard ditugaskan membunuh Kolonel Kurtz seorang pegawai yang melarikan diri dari peperangan serta dianggap gila akal.