Arthur Phillip

Arthur Phillip
Potret 1786 oleh Francis Wheatley
(Galeri Potret Kebangsaan, London)
Dalam jawatan
7 Februari 1788 – 10 Disember 1792
Digantikan olehJohn Hunter
Maklumat peribadi
Lahir200px
(1738-10-11)11 Oktober 1738
London
Mati31 Ogos 1814(1814-08-31) (umur 75)
Bath, Somerset
Tempat semadi200px
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • 200px
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Kingdom of Great Britain
Cabang/khidmatBendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
PangkatLaksamana
Perang/Pertempuran Peperangan Sempadan Australia
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "1 = 200px "

Laksamana Arthur Phillip RN (11 Oktober 1738 – 31 Ogos 1814) ialah seorang pegawai Tentera Laut Diraja dan Gabenor New South Wales yang pertama yang mengasaskan jajahan keseksaan British yang kemudiannya menjadi kota Sydney, Australia.[1]

Selepas banyak pengalaman di laut, Phillip belayar dengan First Fleet sebagai Gabenor yang ditetapkan untuk tanah jajahan keseksaan British yang dicadangkan iaitu New South Wales. Pada Januari 1788, dia memilih lokasi di Port Jackson (merangkumi Pelabuhan Sydney).[2]

Phillip merupakan gabenor berpandangan jauh yang lama lagi menyaksikan bahawa New South Wales akan memerlukan pentadbiran awam dan sistem untuk memerdekakan banduan. Tetapi rancangannya untuk membawa pedagang mahir dalam pelayaran itu ditolak, dan dia menghadapi masalah yang besar dari segi tenaga kerja, disiplin dan bekalan. Sikap mesra kepada golongan orang asli juga amat teruji apabila mereka membunuh penjaga mergastua, dan dia tidak mampu untuk menegaskan dasar yang jelas tentang mereka.

Kedatangan Armada Kedua dan Ketiga meletakkan tekanan baru ke atas sumber-sumber tempatan yang terhad, tetapi pada masa Phillip berlayar pulang pada bulan Disember 1792, tanah jajahan telah mempunyai bentuk, dengan geran tanah rasmi dan pertanian yang sistematik dan bekalan air.

Phillip bersara pada 1805, tetapi terus berurusan dengan kawan-kawannya di New South Wales dan untuk menggalakkan kepentingan koloni.

  1. ^ Morison, Samuel Eliot (22 May 1944). "The Gilberts & Marshalls: A distinguished historian recalls the past of two recently captured Pacific groups". Life Magazine. Dicapai pada 1 July 2015.
  2. ^ Leila Berney. "On this day: Arthur Phillip born". Australian Geographic. Dicapai pada 5 March 2015.

Arthur Phillip

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne