Artifak adalah barangan berupa alat atau karya ciptaan manusia dari suatu zaman tertentu yang diperoleh atau digali keluar dan dikaji kerana kepentingan sejarahnya.[1]
Barangan-barangan ini boleh dijadikan bukti kegiatan dan perilaku manusia dalam tempat kawasan setempat dijumpai berdasarkan penelitian bahan mentah sekitaran masyarakat sezaman yang dikumpulkan dan dikerjakan berubah sifatnya menjadi benda yang dikehendaki.[2] Tahap dan jenis artifak diperoleh ini boleh ditentukan daripada usia barangan tersebut yang dapat ditarikhkan masa pembuatannya.[3]