Artik adalah rantau sekitar Kutub Utara, bertentangan dengan rantau Antartika sekitar Kutub Selatan. Di hemisfera utara, Artik termasuklah Lautan Artik (yang bertindih dengan Kutub Utara) dan bahagian-bahagian Kanada, Greenland (sebuah wilayah Denmark), Rusia, Amerika Syarikat (Alaska), Iceland, Norway, Sweden dan Finland. Perkataan Artik datang daripada perkataan Yunani arktos, yang bermaksud beruang. Ini adalah disebabkan oleh lokasi buruj Ursa major, "Beruang besar", di atas wilayah Artik.