Askar Timbalan Setia Negeri Johor عسكر تيمبالن ستيا نڬري جوهر | |
---|---|
Royal Johor Military Force | |
Ditubuhkan pada | 11 Mei 1886 |
Negara | Malaysia |
Kesetiaan | Sultan Johor |
Jenis | Tentera persendirian, Pengawal diraja, Foot guards |
Peranan |
|
Pangkalan | Kem Sultan Ibrahim, Jalan Datin Halimah, Tasek Utara, Johor Bahru (sejak 2016) |
Nama samaran | "Sultan's Own Bodyguards"[1] "Trup Sultan"[2] |
Penaung | Sultan Johor |
Moto | Taat dengan setia ('Obey faithfully') |
Warna |
|
Peringatan | 11 Mei |
Pertempuran | |
Komander | |
Komandan | Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Sultan Johor |
Pegawai Pemerintah | Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim Pemangku Sultan Johor |
Naib Pegawai Pemerintah | Mejar Ahmad Hamdan Libar[3] |
Tanda kebesaran | |
Bendera | |
Pesawat terbang | |
Helikopter | Sikorsky 76 B |
Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) ialah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah (Sultan Moden ke-II), Sultan Sir Ibrahim seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Kerajaan Great Britain; Ratu Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor.
Johor ialah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan askar yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini dan peranannya sekarang hanya sebagai pengawal keselamatan peribadi kepada DYMM Sultan Johor serta keluarga dan asetnya.