Astrologi (bahasa Greek: αστήρ, αστρός (astér, astrós), "bintang", λόγου (lógos, lógou), "kajian": maknanya kajian bintang) atau ilmu nujum (Jawi: علمو نجوم) merupakan beberapa sistem, tradisi dan kepercayaan yang mangaplikasikan kedudukan relatif badan di angkasa lepas untuk memahami, mentaksir, dan mengaturkan maklumat tentang keperibadian, hal ehwal manusia dan perkara lain di bumi. Astrologi mula diamalkan sejak 2000 S.M.[1] Astrologi adalah ilmu pseudosains atau bercanggah dengan kaedah saintifik yang mendakwa maklumat ghaib mengenai hal ehwal manusia dan kejadian daratan boleh didapati dengan mengkaji pergerakan dan kedudukan relatif objek samawi.[2][3][4][5] Astrologi boleh dijejak kembali ke sekurang-kurangnya alaf ke-2 SM, dan berakar pada sistem kalendar yang digunakan untuk meramalkan peralihan musim dan menafsirkan kitaran cakerawala sebagai tanda komunikasi ilahi.[6] Banyak budaya mementingkan peristiwa astronomi, dan beberapa kebudayaan—seperti Hindu, Cina, dan Maya—mengembangkan sistem yang rumit untuk meramalkan peristiwa di bumi dengan pengamatan cakerawala. Astrologi Barat, salah satu sistem astrologi tertua yang masih digunakan, dapat menelusuri akarnya hingga Mesopotamia abad ke-19 hingga abad ke-17 SM, yang kemudian itu tersebar ke Yunani Kuno, Rom, dunia Arab dan akhirnya Eropah Tengah dan Barat. Astrologi Barat kontemporari sering dikaitkan dengan sistem horoskop yang bertujuan untuk menjelaskan aspek keperibadian seseorang dan meramalkan peristiwa penting dalam kehidupannya berdasarkan kedudukan objek cakerawala; majoriti ahli astrologi profesional bergantung pada sistem sedemikian.[7]
Pengamal astrologi juga dipanggil ahli nujum atau astrologis. Astronomi telah didefinisikan sebagai bahasa perlambangan,[8][9] sebentuk seni,[10] sejenis sains,[10] serta satu kaedah pemujaan.[11][12] Masyarakat sains sering menganggap astrologi sebagai pseudosains atau pantang larang.[13][14] Walaupun prinsip astrologi tidak mempunyai sebarang bukti sains, ia masih dipercayai oleh ramai orang.[15][16][17][18]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Thagard
Scientists have long rejected the principles of astrology, but millions of people continue to believe in or practice it.