Atlantik Tengah Amerika Syarikat merujuk kepada wilayah Amerika Syarikat yang pada umumnya terletak di antara New England dan Selatan. Takrif tepat wilayah ini berbeza bergantung kepada sumber, tetapi kawasan ini selalunya termasuk Delaware, Maryland, New Jersey, New York, Pennsylvania, Washington, D.C., dan kadangkala Virginia dan West Virginia.
Atlantik tengah memainkan peranan penting dalam pembangunan budaya, perdagangan, perniagaan dan industri Amerika. Kepelbagaian agama dan etnik merupakan unsur penting masyarakat Atlantik Tengah yang pada asalnya terdiri daripada penempatan orang Belanda, Sweden, Inggeris Katolik dan Quaker. Peneroka awal kebanyakannya adalah peladang dan pedagang, dan wilayah ini menjadi jambatan antara Utara dan Selatan. Philadelphia di tengah antara New England dan koloni selatan, adalah tuan rumah kepada Kongres Kontinental, persidangan perwakilan dari koloni asal yang memperjuangkan Revolusi Amerika. Bandar yang sama adalah tempat lahir Deklarasi Kemerdekaan pada tahun 1776 dan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787. Bandar Raya New York dan Philadelphia ada dua ibu negeri pertama Amerika Syarikat. Kini, Atlantik Tengah menjadi rumah kepada ibu negara sekarang, Washington D.C.