Atom

Atom
Keadaan asas atom helium
Keadaan asas atom helium
Gambaran separa tepat berkenaan struktur atom helium. Kegelapan awan elektron adalah berpadanan dengan kamiran garis penglihatan pada fungsi kebarangkalian orbital elektron pertama. Nukleus atom yang telah diperbesarkan ini bercirikan skematik, dengan proton berwarna merah jambu dan neutron berwarna ungu. Secara nyata, nukleus (dan fungsi gelombang setiap nukleon) juga berbentuk sfera secara bersimetri. (Terdapat perbezaan bagi kes-kes nukleus kompleks.)
Pengelasan
Pembahagian terkecil yang diiktiraf dalam unsur kimia
Sifat
Jisim: ≈ 1.67 × 10-27 to 4.52 × 10-25 kg
Cas elektrik: sifar (jika nombor elektron bersamaan dengan nombor proton di dalam atom)
Diameter (hampiran) 100 pm = 1 Angstrom: 100 pm(He) ke 670 pm(Cs) [1] Diarkibkan 2006-05-26 di Wayback Machine

Dalam bidang kimia dan fizik, atom (Bahasa Yunani άτομος atau átomos bermaksud "tak terbahagi") adalah zarah terkecil yang boleh didapati dalam unsur kimia tanpa mengubah sifat-sifat kimianya. Perkataan atom pada asalnya bermaksud zarah tak terbahagi terkecil yang boleh didapati, akan tetapi setelah istilah tersebut mendapat maksud yang khusus dalam sains, atom-atom dijumpai boleh dibahagikan lagi dan adalah terdiri daripada zarah subatom.

Kebanyakan atom mengandungi tiga jenis zarah subatom yang menentukan sifat-sifat luarannya:

  • elektron, yang mempunyai cas negatif dan adalah yang terkecil antara ketiga-tiga zarah ini
  • proton, yang mempunyai cas positif dan adalah kira-kira 1836 kali lebih besar daripada elektron; dan
  • neutron, yang tidak bercas dan adalah kira-kira 1839 kali lebih besar daripada elektron.

Proton dan neutron bergabung membentuk nukleus atom yang padat dan besar, dan bersama-sama adalah dipanggil nukleon. Elektron-elektron membentuk awan elektron yang lebih besar di sekeliling nukleus.

Setiap atom mempunyai bilangan zarah-zarah subatom yang berlainan. Bilangan proton dalam atom (dipanggil nombor atom) menentukan unsur atom tersebut. Di antara unsur-unsur yang sama, bilangan neutron juga boleh berubah-ubah, dan ini menentukan isotop unsur tersebut. Bilangan proton dan neutron di dalam nukleus atom juga boleh berubah, melalui pembelahan nukleus, pelakuran nukleus dan reputan radioaktif. Bilangan elektron yang berkaitan dengan suatu atom paling mudah berubah, kerana tenaga yang rendah yang digunakan untuk mengikat elektron-elektron.

Atom adalah neutral secara elektik jika ia mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama. Atom yang mengalami pengurangan atau penambahan elektron adalah dipanggil ion. Elektron yang terletak paling jauh daripada nukleus boleh dipindahkan ke atom yang berhampiran atau dikongsi bersama-sama atom lain. Melalui mekanisme ini atom dapat terikat menjadi molekul dan lain-lain jenis sebatian kimia seperti hablur berangkaian ionik atau kovalen. Bagi gas dan sesetengah cecair dan pepejal molekul (seperi air dan gula), molekul adalah pembahagian jirim terkecil yang masih mengekalkan sifat-sifat kimia; akan tetapi, terdapat juga banyak lagi pepejal dan cecair yang terdiri daripada atom-atom, dan tidak mengandungi molekul berasingan (contohnya garam, batuan, dan logam cecair dan pepejal). Kebanyakan molekul terdiri daripada berbilang atom; contohnya, molekul air merupakan gabungan dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Beberapa jenis molekul (contohnya unsur molekul gas yang tidak membentuk sebatian, seperti helium), terdiri daripada hanya satu jenis atom.

Atom adalah blok binaan asas dalam kimia, dan adalah terabadi dalam tindak balas kimia.


Atom

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne