Awan kumulonimbus

Awan kumulonimbus
Awan kumulonimbus (jenis calvus/botak)
SingkatanCb
Simbol
GenusKumulonimbus (longgok, awan/hujan kuat)
Altitud2,000–16,000 m
(6,500–60,000 ft)
Ciri-ciriSangat tinggi dan awan besar
Awan mendap?Ya, selalunya kuat, namun mungkin juga virga

Awan kumulonimbus (Cb) ialah sejenis awan yang tinggi, padat, dan terlibat dalam ribut petir dan cuaca sejuk dan lembap lain. Cumulonimbus {kumulonimbus) berasal daripada bahasa Latin: Cumulus "mengumpulkan" dan nimbus "hujan". Ia disebabkan oleh ketidakstabilan atmosfera yang membawa kepada kehadiran perolakan. Awan kumulonimbus terbentuk daripada awan kumulus (dari jenis congestus) dan pada satu tahap akan berkembang menjadi supersel, iaitu ribut petir kuat dengan ciri istimewa. Awan kumulonimbus terdiri daripada dua jenis, iaitu comulonimbus incus (dengan andas, subjenis cumulonimbus cappilatus (pinggiran andas mempunyai pembentukkan awan sirus tebal) dan cumulonimbus calvus (botak, mirip cumulus congestus dan tiada andas).


Awan kumulonimbus

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne