Ayman al-Zawahiri | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 31 Julai 2022 | (umur 71)
Pekerjaan | Ulama, ketua al-Qaeda |
Pendahulu | Osama bin Laden |
Pasangan | Azza Ahmed (k. 1978–2001, kematiannya) |
Anak-anak | 6 (3 hidup)[perlu rujukan] |
Ibu bapa | Mohammed Rabie al-Zawahiri (bapa) Umayma Azzam (ibu) |
Ayman Mohammed Rabie al-Zawahiri[2] (Arab: أيمن محمد ربيع الظواهري ʾAyman Muḥammad Rabīʿ aẓ-Ẓawāhirī ; lahir 19 Jun 1951 — 31 Julai 2022) ialah seorang ulama Mesir[3] dan pemimpin al-Qaeda sekarang.[4] Sebelum ini, beliau merupakan "amir" kedua dan terakhir Jihad Islam Mesir, setelah mengambil tempat Abbud al-Zumar sebagai amir ketika kerajaan Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas al-Zumar. Isteri dan tiga orang anaknya terbunuh dalam bedilan Amerika Syarikat di Afghanistan pada tahun 2001, ekoran serangan 11 September di Amerika Syarikat. Pada 2 Mei 2011, beliau dianggap sebagai pemangku ketua al-Qaeda ekoran kematian Osama bin Laden.[5] Hal ini disahkan oleh kenyataan akhbar daripada al-Qaeda pada 16 Jun.[4] Selepas kejadian 9/11, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran $25 juta untuk sesiapa yang memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan al-Zawahiri.[6]
al-Zawahiri dilaporkan mempunyai kelayakan doktor bedah; sewaktu pertubuhannya bergabung dengan al-Qaeda pimpinan bin Laden, beliau menjadi penasihat dan tabib peribadi bin Laden. Beliau mula-mula berjumpa dengan bin Laden di Jeddah pada tahun 1986.[7] Kefahaman aqidah dan sejarah Islam oleh al-Zawahiri tampak radikal sekali. Beliau fasih berbahasa Arab, Inggeris[8][9] dan Perancis. Sebagai ahli atau sekutu al-Qaeda, beliau dikenakan sekatan seluruh dunia oleh Jawatankuasa 1267 Majlis Keselamatan PBB.[10]
Pada tahun 1998, al-Zawahiri secara rasminya menggabungkan Jihad Islam Mesir ke dalam al-Qaeda. Menurut laporan oleh seorang bekas ahli al-Qaeda, beliau pernah bekerja dalam pertubuhan al-Qaeda semenjak penubuhannya lagi dan merupakan salah seorang ahli majlis syura al-Qaeda. Beliau sering disifatkan sebagai "leftenan" Osama bin Laden, walaupun periwayat lantikan bin Laden menggelar al-Zawahiri sebagai "dalang sebenar" al-Qaeda.[11]
|trans_title=
(bantuan)