Bahagian Sibu بهاڬين سيبو | |
---|---|
![]() Lokasi Bahagian Sibu di Sarawak | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Pusat pentadbiran | Sibu |
Daerah | |
Pentadbiran | |
• Residen | Charles Siaw |
Keluasan | |
• Jumlah | 8,278.30 km2 (3,196.27 batu persegi) |
Penduduk (2016)[3] | |
• Jumlah | 303,300 |
• Kepadatan | 37/km2 (95/batu persegi) |
Bahagian Sibu (Jawi: بهاڬين سيبو) ialah sebuah bahagian di Sarawak, Malaysia. Ia mempunyai keluasan 8,278.30 kilometer persegi (3,196.27 batu persegi).[2] Jumlah penduduk ialah 303,300 orang pada tahun 2016.[3] Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sibu. Bahagian Sibu dibahagikan kepada tiga daerah, iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.[4] Ketua bagi pentadbiran Bahagian Sibu ialah seorang residen dan pada masa ini sedang dijawat oleh Charles Siaw sejak tahun 2018.[1]