Bahasa Ibrani Alkitabiah | |
---|---|
Bahasa Ibrani Klasik | |
שְֹפַת כְּנַעַן , יְהוּדִית , (לָשׁוֹן) עִבְרִית , לְשׁוֹן הַקֹּדֶשׁ | |
Kawasan |
|
Era | dibuktikan wujud sejak abad ke-10 SM; berkembang menjadi Bahasa Ibrani Misynah selepas peperangan Yahudi-Rom pada abad pertama TM |
Afro-Asia
| |
Bentuk piawai |
Bahasa Ibrani Zaman Pertengahan (Menjadi Ibrani Moden)
|
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | Salah satu:hbo – Bahasa Ibrani kunosmp – Bahasa Ibrani Samaria |
hbo | |
smp | |
Glottolog | anci1244 |
Bahasa Ibrani Alkitabiah ( עִבְרִית עִבְרִית מִקְרָאִית (Ivrit Miqra'it) (bantuan·maklumat) atau לְשׁוֹן הַמִּקְרָא (Lesyon ha-Miqra) (bantuan·maklumat)), juga dipanggil bahasa Ibrani Klasik, ialah bahasa Ibrani dalam bentuk kuno. Bahasa Ibrani merupakan salah satu ahli rumpun Kanaan bahasa Semitik yang dituturkan oleh bani Israel di barat Sungai Jordan dan timur Laut Mediterranean. Perkataan "Ibrani" (ivrit) tidak digunakan untuk bahasa Ibrani dalam Alkitab Ibrani, sebaliknya dipanggil שְֹפַת כְּנַעַן (sefat kena'an, 'bahasa Kanaan') atau יְהוּדִית (Yehudit, 'dari Yudea'), tetapi nama "Ibrani" ada digunakan dalam teks-teks berbahasa Yunani Kuno dan Ibrani Misynah.[1]
Bahasa Ibrani dibuktikan wujud dalam batu-batu bersurat dari kira-kira abad ke-10 SM, sewaktu ia hampir sama dengan bahasa Phoenicia dan bahasa-bahasa Kanaan yang lain, dan Ibrani basahan terus digunakan sepanjang dan selepas zaman Bait Suci Kedua, yang berakhir dengan pengepungan Baitulmaqdis (70 TM). Ia akhirnya menjadi bahasa Ibrani Misynah dan dituturkan sehingga abad ke-5 TM.
Yang menariknya, istilah 'Ibrani' (ibrit) tidak digunakan untuk bahasa ini dalam teks alkitabiah.