Bahasa Suryani/Syria | |
---|---|
ܣܘܪܝܝܐ [Suryâyâ] | |
Asli kepada | Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, Israel, Georgia, Lubnan, Palestin, Syria, Turki |
Kawasan | Seluruh Timur Tengah, Asia Tengah, Eropah, Amerika Utara dan Australia |
Penutur bahasa | 404,000 secara fasih |
Bahasa Afro-Asia
Bahasa Semitik
Bahasa Semitik Tengah
Bahasa Aram
Bahasa Aram Timur
Bahasa Suryani | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Tiada |
Dikawal selia oleh | Tiada |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | syr |
ISO 639-3 | – |
Bahasa Suryani atau bahasa Syria (dalam bahasa Inggeris: Syriac language) adalah sebuah bahasa Aram Timur yang pernah dipertuturkan di sebahagian besar wilayah Bulan Sabit Subur. Namun secara luas definisi bahasa Suryani ialah semua bahasa Aram Timur yang dipertuturkan oleh komuniti Kristian di Timur Tengah.
Bahasa Suryani ditulis dengan Abjad Suryani.
Bahasa Suryani bukan Bahasa Arab dialek Syria, walaupun bahasa Suryani mempengaruhi bahasa Arab.