Bangladesh

Republik Rakyat Bangladesh
গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ
Gônoprojatontri Banglaôdesh
Bendera Bangladesh
Jata Bangladesh
Bendera Jata
Cogan kataজয় বাংলা (Bengali)
Joy Bangla
Kemenangan untuk Bengal [1][2]
Lagu kebangsaanAmar Sonar Bangla
Bengal Emasku
Lagu Perarakan: নতুনের গান (Bengali)
Notuner Gaan
Lagu Belia[3]

  • Seal of the Government of Bangladesh

Meterai Kerajaan
Lokasi Bangladesh
Ibu negara
dan bandar terbesar
Dhaka
23°45′50″N 90°23′20″E / 23.76389°N 90.38889°E / 23.76389; 90.38889
Bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan
Bahasa Benggali[4]
DemonimOrang Bangladesh
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Mohammed Shahabuddin (মোহাম্মদ সাহাবুদ্দিন)
Muhammad Yunus (মুহাম্মদ ইউনূস)
Kemerdekaan 
• Diisytiharkan
26 Mac 1971
• Hari Kemenangan
16 Disember 1971
• Perairan (%)
7.0
Populasi
• Perkiraan 2007
150,448,339[5] (7)
• Bancian Penduduk 2001
129,247,2331
KDNK (PPP)2006
• Jumlah
$330.8 bilion (ke-31)
$2200 (138)
Gini (2000)31.8
sederhana
HDI (2004)0.530
rendah · 137
Mata wangTaka
(BDT)
Zon waktuUTC+6 (BDT)
• Musim panas (DST)
UTC+6 (tidak diperhatikan)
Kod panggilan880 (SubKod)
Kod ISO 3166BD
DPT internet.bd, বাংলা

Bangladesh (Bahasa Benggali: বাংলাদেশবাংলাদেস) atau nama rasminya Republik Rakyat Bangladesh (গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ, Gônoprojatontri Banglôdesh) ialah sebuah negara di sebelah timur laut anak benua India rantau Asia Selatan bersempadanan dengan India di sebelah barat, utara dan timur serta Myanmar di sebelah tenggara menghadap Teluk Benggala di sebelah selatan. Bersama-sama dengan Bengal Barat di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan etnik dan linguistik Bengal. Ibu negara dan bandar terbesar Bangladesh ialah Dhaka.

Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh Pembahagian India pada tahun 1947 ketika negara ini merupakan sayap timur Pakistan (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 kilometer (1,000 batu). Walaupun mempunyai agama yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah kerajaan yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971 selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara politik yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat rampasan kuasa tentera.

Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang Islam yang ketiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.

Secara geografi, Bangladesh dikuasai oleh Delta Ganges-Brahmaputra yang subur. Negara ini mengalami banjir monsun tahunan, dan siklon kerap berlaku.

Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), BIMSTEC, serta ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Lapan Negara Membangun (D-8).

  1. ^ "'Joy Bangla' to be national slogan: HC". Daily Prothom Alo. 10 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2020. Dicapai pada 10 March 2020.
  2. ^ "HC orders govt to announce 'Joy Bangla' as national slogan in three months". bdnews24.com. 10 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2021. Dicapai pada 10 March 2020.
  3. ^ "National March". Bangladesh Tourism Board. Ministry of Civil Aviation & Tourism. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 December 2016. Dicapai pada 21 February 2015. Pada 13 Januari 1972, kementerian Bangladesh telah menerima pakai lagu ini sebagai lagu kawad kebangsaan pada pertemuan pertama selepas kemerdekaan negara.
  4. ^ "Article 3. The state language". The Constitution of the People's Republic of Bangladesh. bdlaws.minlaw.gov.bd. Ministry of Law, The People's Republic of Bangladesh. Dicapai pada 1 February 2017.
  5. ^ "CIA World Factbook 2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-01. Dicapai pada 2007-07-30.

Bangladesh

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne