Tarikh | – |
---|---|
Tempoh | Disember 2010 – Januari 2011 |
Tempat | Kebanyakan kawasan tengah dan selatan Queensland termasuk Brisbane, Rockhampton, Emerald, Bundaberg, Dalby dan Toowoomba |
Lokasi | Australia |
Kematian | 35 disahkan maut, 9 hilang |
Harta benda rosak | A$30 bilion[1] |
Sejak Disember 2010, Australia dilanda banjir besar yang tertumpu di negeri Queensland termasuk ibu negeri Brisbane. Banjir tersebut telah memaksa ribuan penduduk mengosongkan bandar-bandar yang terjejas.[2] Sekurang-kurangnya 31 bandar dan lebih 200,000 orang terjejas oleh banjir ini.[2] Kemusnahan awal bagi harta benda dicatatkan kira-kira A$1bn (£633m).[3] Tiga kuarter dari negeri Queensland telah diisytiharkan sebagai zon bencana[4] - kawasan bencana diukur keluasannya lebih besar dari gabungan negeri Texas dan California di Amerika Syarikat.[5] Banjir tahun 2010-2011 yang berlaku di Queensland, Australia ini telah meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa dan jumlah kematian ini dijangka terus meningkat.