Bantuan:AFA

(audio) Rencana ini disertakan pautan ke fail audio. Jika anda menghadapi masalah memainkan fail-fail audio, rujuk Wikipedia:Bantuan audio.

Rencana ini merupakan kunci asas kepada simbol-simbol Abjad Fonetik Antarabangsa. Beberapa simbol AFA yang jarang dilafazkan mungkin tidak disertakan, kerana simbol-simbol tersebut boleh didapati pada laman AFA utama atau pada carta AFA yang lebih terperinci.

Setiap satu simbol AFA akan disertakan satu contoh daripada bahasa Melayu seboleh mungkin. Bahasa-bahasa asing yang menjadi rujukan utama bunyi tambahan adalah dari bahasa Inggeris, kemudian bahasa-bahasa yang lazim digunakan di seluruh dunia seperti bahasa Perancis, bahasa Jerman Baku dan bahasa Sepanyol. Untuk simbol-simbol yang tidak diliputi oleh bahasa-bahasa tersebut, bahasa-bahasa yang ramai penuturnya akan digunakan seperti bahasa Cina Baku, bahasa Hindustani, bahasa Arab dan bahasa Rusia. Jika terdapat bunyi-bunyi yang masih tidak diliputi oleh bahasa-bahasa tersebut, bahasa-bahasa lain yang mantap diselidik seperti bahasa Swahili, bahasa Zulu dan bahasa Turki akan digunakan.

Lajur kiri memaparkan simbol-simbol individu dalam kurungan siku ( [a] (Mengenai audio inidengar). ) Sila klik perkataan "dengar" untuk mendengar bunyi bagi setiap bunyi; dan klik pada simbol itu sendiri untuk rencana khusus dengan penerangan yang lebih lengkap yang berserta contoh-contoh daripada pelbagai bahasa. Bunyi-bunyi konsonan dilafazkan sekali diikuti bunyi vokal dan dilafazkan sekali lagi di antara dua vokal.

Jika aksara tidak dipaparkan, anda mungkin perlu memasang pasuan sokongan. Pasuan-pasuan percuma dengan sokongan AFA yang baik termasuk Gentium Plus (gaya serif) dan Andika (gaya sans-serif).


Bantuan:AFA

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne