Beagle[a] ialah satu bakaanjing pemburu bau kecil yang berpenampilan serupa dengan anjing pemburu rubah yang jauh lebih besar. Beagle dikembangkan terutamanya untuk pemburuanarnab atau kelinci yang dikenali sebagai beagling. Dengan deria bau yang hebat dan naluri penjejakan yang tinggi, beagle ialah baka utama yang digunakan sebagai anjing penghidu untuk import pertanian dan barang makanan terlarang dalam urusan kuarantin di seluruh dunia. Beagle merupakan anjing peliharaan popular kerana saiznya and perangai baiknya.
Baka moden dikembangkan di Great Britain pada sekitar tahun 1830-an daripada beberapa baka, termasuk anjing pemburu Talbot, beagle desa utara, anjing pemburu selatan, dan mungkin juga harrier. Beagle telah digambarkan dalam kebudayaan popular sejak Era Elizabeth dalam kesusasteraan dan lukisan dan lebih terkini dalam filem, di televisyen, dan dalam buku komik.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan