Bendera Arab Saudi

Nisbah bendera: 2:3

Bendera Arab Saudi memaparkan kalimah syahadah, لا إله إلا الله محمد رسول الله (Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah) ditulis dengan khat Thuluth.

Kalimah ini dianggap suci, oleh itu bendera ini tidak harus dipaparkan di pakaian atau benda-benda yang lain. Arab Saudi telah membantah cadangan FIFA untuk memaparkan bendera ini, bersama bendera-bendera yang lain, di sebuah bola yang akan digunakan untuk pertandingan bolasepak Piala Dunia 2002. Pegawai Saudi mengatakan bahawa menendang bola dengan kalimah tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Bendera ini juga tidak boleh dikibarkan setengah tiang sebagai tanda perkabungan disebabkan adanya kalimah syahadah tersebut.

Bendera ini berdasarkan bendera gerakan Wahhabi yang menguasai kerajaan Arab Saudi. Apabila Ibn Saud berjaya menguasai takhta Nejd pada 1912, beliau menambah bentuk pedang dalam bendera Wahabbi tersebut. Bendera ini dijadikan rasmi dengan penubuhan Kerajaan Arab Saudi pada 1932.


Bendera Arab Saudi

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne