Revolusi dan perang saudara yang berterusan di Syria sejak 2011 melibatkan dua pihak yang berperang dipanjikan bendera tersendiri.[2] Republik Arab Syria pimpinan Basyar al-Assad dan Parti Ba'athnya menggunakan bendera berjalur merah di hulu dan dua bintang hijau yang wujud sejak zaman Republik Arab Bersatu manakala pihak-pihak Pembangkang Syria yang diketuai Gabungan Kebangsaan berpanji jalur hijau di hulu dan tiga bintang merah yang dipakai Republik Syria Pertama.
Berikutan penumpasan kekuasaan pemerintahan Ba'ath ke atas Damsyik oleh para askar Pembangkang serta pelarian diri Basyar meninggalkan Syria tanggal 8 Disember 2024, bendera berhulu hijau dan bintang merah para pembangkang mula dikibarkan serata Syria[3][4][5] malah di kedutaan-kedutaan seluruh dunia.[6][7][8][1]