Koordinat: 12°58′N 77°34′E / 12.97°N 77.56°E
Bangalore | |
Koordinat | 12° N 77° E |
Keluasan - Ketinggian |
476.66 km² - 920 m |
Zon waktu | IST (UTC+5:30) |
Jumlah penduduk (2006) - Kepadatan |
6,158,677 (ke-5) - 22,719/km² |
Datuk Bandar | Mumtaz Begum |
Kod - Kod pos - Telefon - Kenderaan |
- 560 0xx - +91 (0)80 - KA-01–KA-05; KA-41; KA-53 |
Bengaluru (bahasa Kannada: ಬೆಂಗಳೂರು, bahasa Inggeris: Bangalore ) ialah ibu negeri Karnataka. Terletak di Penara Mysore di bahagian barat daya Karnataka, Bangalore mempunyai jumlah penduduk metropolitan yang dianggarkan sebagai 6.1 juta (2006) dan oleh itu, merupakan bandar raya yang ketiga terbesar dan kawasan metropolitan yang kelima terbesar di India. Walaupun rujukan sejarah kepada bandar raya ini wujud sebelum 900 Masihi, sejarah tertulis untuk petempatan yang berterusan hanya wujud sejak 1537 ketika Kempe Gowda I, yang banyak orang menganggap sebagai arkitek Bangalore moden, membina sebuah kubu lumpur di bandar raya ini dan mengasaskannya sebagai sebuah provinsi Empayar Vijayanagara.
Pada 11 Disember 2005, kerajaan Karnataka mengumumkan bahawa ia telah menerima cadangan oleh pemenang Anugerah Jnanpith, UR Ananthamurthy, untuk menamakan semula Bangalore ke nama Kannadanya, Bengalūru, dan nama baru dijangka akan berkuat kuasa pada 1 November 2006. [1] (Sebilangan bandar raya India yang lain telah menggubal undang-undang tentang pertukaran nama yang serupa.) Bagaimanapun, selepas pertukaran pimpinan politik kerajaan negeri, kini tidaklah jelas adakah pertukaran nama yang dicadangkan akan dilaksanakan dalam rangka masa yang dirancangkan. [2]
Semasa Raj British, Bangalore berkembang sebagai suatu pusat pemerintahan jajahan di India Selatan. Pengasasan Kantonmen Bangalore menyebabkan penghijrahan sebilangan besar buruh-buruh Tamil, Telugu, dan India Utara untuk mengembangkan dan menyenggara infrakstruktur kantonmen ini. [3]
Selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, Bangalore berkembang menjadi hab perkilangan bagi industri berat sektor awam — khususnya, industri-industri ruang angkasa, angkasa lepas, dan pertahanan. Penubuhan dan kejayaan syarikat-syarikat teknologi tinggi di Bangalore selepas pelonggaran ekonomi India telah menyebabkan pertumbuhan industri teknologi maklumat India. Bangalore kini dirujuk sebagai Lembah Silikon India dan merupakan 35% daripada eksport perisian India. [4] Sebagai tempat untuk kolej-kolej dan institusi-institusi penyelidikan yang masyhur, bandar raya ini mempunyai kadar kenal huruf yang kedua tertinggi antara bandar-bandar raya metropolitan India. Bagaimanapun, sebagai sebuah metropolis yang besar dan masih bertumbuh dalam dunia membangun, Bangalore masih menghadapi masalah-masalah seperti pencemaran udara, kesesakan lalu lintas, dan jenayah.