Bobolian (Suku Dusun terbesar iaitu Bundu-Liwan), bobohizan (Suku Tangara) atau bobolizan (Suku Rungus, kesemuanya seturunan kata akar Proto-Austronesia *balian[1]) merupakan gelaran bagi golongan rahib wanita dalam tradisi kebudayaan Dusunic-Paitanic. Bobohizan memainkan peranan penting dalam perayaan Tadau Kaamatan bagi menyemah tapak tanaman bagi memastikan tanaman yang berjaya untuk tahun hadapan. Bobohizan pertama dipercayai diajar oleh jelmaan semangat Huminodun, iaitu Unduk Ngadau, jampi serapah yang diamalkan sehingga sekarang.
antara manteranya adalah seperti berikut:
doi kada kati gangang arai kotunguan ko do pais otimbaar ko do sadap odoi kososodop zou do mogiginipi kosou ku do nokotimung kito do pamakanan do karamaian diti Nga ino noh maan zou do mamagavau do paai diti Do ounsikou nodi ka'ka do bambaazon Do kosuni vagu do toun tiso do kaanu no vagu kotimung kito om ogumu nodi do pamakanan tokou mantad do paai
maksudnya;
aku megambil pisau ini untuk di jadikan persembahan bagi menyucikan makan ini(padi) semalam aku bermimpi aku berjumpa dengan engkau(huminodun)dan kita telah makan bersama dalam keramaian itu sebab itu lah aku memuja semangat padi ini supaya bersukacitalah semangat padi(bambaazon) dan tumbuh lagi padi-padi di tahun hadapan supaya dapatlah kita berkumpul lagi dan banyaklah lagi makanan kita yang tercipta dari padi
Kebanyakan bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan tapi ada sebilangan kaum lelaki di pilih bagi menguatkan lagi persembahan atau upacara yang diadakan. Dikhuatiri semangat yang datang tidak dapat ditangkis. Dalam upacara yang diadakan adakalanya paluan gong digunakan bagi menyusuri upacara yang diadakan bagi memanggil semangat-semangat yang tertentu. Selepas itu bobohizan akan mengucapkan rinait (mentera) serta bermainkan kombuongo atau peralatan menyatukan dua alam Bagi memulakan upacaranya. Setelah dirasuki oleh semangat tersebut bobohizan sepertinya bercakap dengan seseorang iaitu semangat yang dijumpainya. Adakalanya semangat tersebut berkehendakan persembahan atau korban dalam bahasa Kadazan sogit. Korban yang selalu diminta bagi upacara tersebut adalah darah ayam kampung, seekor kerbau atau haiwan berdarah panas, 10 biji telur rebus,dan nasi kunyit. Selepas itu bobohizan itu menyerahkan korban tersebut bagi memulihkan atau membuang sial seseorang itu.