Boko Haram Jemaat Sunnah untuk Dakwah dan Jihad جماعة أهل السنة للدعوة والجهاد | |
---|---|
Terlibat dalam Pemberontakan Islamis di Nigeria | |
Aktif | 2002–sekarang |
Ideologi | Ekstremisme Islam Fundamentalisme Islam Wahabisme Takfir |
Pemimpin | Abubakar Shekau[1] Dan Hajia # Abba † Abatcha Flatari † Momodu Bama † Mohammed Yusuf † |
Kawasan operasi |
Nigeria Utara, Kamerun Utara, Niger Selatan, Chad |
Sekutu | Ansaru Al-Qaeda di Maghreb Islam |
Lawan | Nigeria Civilian Joint Task Force (CJTF) Kamerun Chad Niger |
Pertempuran/ perang | Pemberontakan Islamis di Nigeria Kekerasan sektarian Nigeria 2009 |
Negara Islam Afrika Barat (bahasa Inggeris: Islamic State in West Africa , disingkatkan kepada ISWA[2][3]) atau Wilayah Afrika Barat Negara Islamic State (Islamic State's West Africa Province, ISWAP),[3][4][5] juga dikenali dengan nama lamanya Jamā'at Ahl as-Sunnah lid-Da'wah wa'l-Jihād (Arab: جماعة أهل السنة للدعوة والجهاد , "Perkumpulan Ahli Sunah untuk Dakwah dan Jihad") atau Boko Haram[6] ialah suatu pergerakan terorisme jihadis berpangkalan di timur laut Nigeria, Chad, Niger dan utara Cameroon.[7] Ia diasaskan oleh Mohammed Yusuf pada tahun 2002 dengan tujuan menubuhkan sebuah negara Islam berasaskan undang-undang syariah.
Pertubuhan ini berubah wajah dengan pemberian taat setia ketuanya Abubakar Shekau kepada Negara Islam Iraq dan Syampada 7 Mac 2015 lalu menamakan diri dengan pengenalan sedia ada kini.[2][8][9] Pasukan tentera Nigeria dilaporkan berjaya memusnahkan kem-kem angkatan ini namun masih menghadapi serangan dari kumpulan ini.[10] Muhammadu Buhari mengisytiharkan Boko Haram "dikalahkan secara tepatnya" (technically defeated)[11] namun serangan masih berterusan dan menggugat selewat tahun 2019.[12]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama longwarjournal_2016-10
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama trackingterrorism_ISWAP
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama theatlantic_387235
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1