Bukit (Jawi: بوكيت ; kata ganda: bukit-bukau بوكيت-بوكاو ) ialah kawasan tanah yang lebih tinggi daripada persekitarannya tetapi lebih kecil, kurang curam dan mudah didaki berbanding gunung.[1] Bukit selalunya mempunyai puncak. Bukit yang agak kecil dipanggil "anak bukit" atau "guar".