Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Bursa (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Bursa | |
---|---|
Perbandaran Metropolitan Bursa | |
Negara | Turki |
Kawasan | Marmara |
Wilayah | Bursa |
Didiami | 202 SM |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Recep Altepe (AKP) |
Keluasan | |
• Kota | 1,036 km2 (400 batu persegi) |
Aras | 100 m (300 ft) |
Penduduk | |
• Perbandaran Metropolitan | 1,704,441 |
• Kepadatan | 1,508.52/km2 (3,907.0/batu persegi) |
• Metro | 1,948,744 |
Zon waktu | UTC+2 (EET) |
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) |
Poskod | 16000 |
Kod kawasan | (+90) 224 |
Plat lesen | 16 |
Laman sesawang | www.bursa.bel.tr |
Bursa (sebutan Turki: [ˈbuɾsa]) adalah sebuah kota yang terletak di barat laut Anatolia, di dalam kawasan Marmara, Turki. Ia merupakan bandar ke-4 paling tinggi populasi penduduk dan salah sebuah pusat metropolitan dan industri di Turki. Kota ini juga merupakan pusat pentadbiran bagi wilayah Bursa.
Bursa merupakan ibu kota pertama empayar Uthmaniyyah antara tahun 1335 sehingga 1413. Kota ini dirujuk sebagai [Hüdavendigar] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (makna "hadiah dari Tuhan") semasa zaman Uthmaniyah, sementara gelaran sekarang iaitu [Yeşil Bursa] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (makna "Bursa Hijau") merujuk akan taman-taman dan kebun-kebun yang melata di seluruh kotanya, selain hutan-hutan yang mengelilinginya. Resort ski di Gunung Uludağ gah berdiri. Gunung ini juga dikenali sebagai Olympus Mysia oleh orang-orang Rom yang tinggal di sana. Bursa memiliki pembangunan bandar yang seimbang dengan dikelilingi oleh dataran yang subur. Makam-makam para sultan Uthmaniyyah awal juga terletak di Bursa. Antara mercu tanda kota yang penting termasuk pelbagai istana yang dibina semasa zaman Uthmaniyah. Bursa juga mempunyai tempat mandian wap dan beberapa muzium termasuk sebuah muzium arkeologi.
Watak-watak wayang kulit seperti Karagöz dan Hacivat adalah berdasarkan tokoh-tokoh bersejarah yang tinggal dan meninggal dunia di Bursa. Bursa juga merupakan asal-usul bagi beberapa makanan Turki yang terkenal seperti kebab İskender, yang dimaniskan menggunakan halwa marron, pic dan manisan Turki. Bursa juga menempatkan Universiti Uludağ, dan penduduknya mendakwa ia adalah salah sebuah universiti terkenal di Turki. Bandar bersejarah di İznik (Nicaea), Mudanya dan Zeytinbağı juga terletak di wilayah Bursa.
Berdasarkan Institut Statistik Turki, setakat tahun 2011 bandar Bursa memiliki penduduk seramai 1,704,441 orang dan penduduk di dalam kawasan perbandaran metropolitan adalah 1,948,744 orang.[1][2]