Bursa Saham Toronto | |
---|---|
Toronto Stock Exchange Bourse de Toronto | |
Maklumat am | |
Jenis | Bursa saham |
Bentuk sah | Corporation |
Ditubuhkan | 25 Oktober 1861 |
Pemilik | Kumpulan TMX |
Pengendali | TMX Group |
Orang penting | John McKenzie (KPE, Kumpulan TMX)
Loui Anastasopoulos (CEO, Toronto Stock Exchange and Global Head, Capital Formation)[1] |
Mata wang | Dolar Kanada |
Bil. penyenaraian | 3,451 (Disember, 2021)[2] |
Permodalan pasaran | $4.3 trilion (Disember, 2021)[3] |
Volum | 39.7 bilion saham (30 Jun 2014) |
Indeks | Komposit S&P/TSX S&P/TSX 60 Indeks Penyiapan S&P/TSX |
Laman sesawang | www.tmx.com |
Maklumat lokasi | |
Negara | Kanada |
Lokasi | Toronto, Ontario |
Koordinat | 43°38′53.88″N 79°22′59.88″W / 43.6483000°N 79.3833000°W |
sunting · sunting di Wikidata |
Bursa Saham Toronto (Bahasa Inggeris: Toronto Stock Exchange, TSX; Bahasa Perancis: Bourse de Toronto) ialah sebuah bursa saham yang terletak di Toronto, Ontario, Kanada. Ia adalah bursa ke-10 terbesar di dunia dan yang ketiga terbesar di Amerika Utara berdasarkan permodalan pasaran.[4] Berpusat di Menara EY di Financial District. Toronto, TSX ialah anak syarikat milik penuh Kumpulan TMX untuk perdagangan ekuiti kanan.
Bursa Saham Toronto telah ditubuhkan pada 1861, dan diperbadankan oleh Dewan Undangan Ontario pada 1878. Bursa Saham Toronto menjadi satu-satunya bursa Kanada untuk ekuiti kanan pada 1999. Pada 2002, bursa itu menjadi syarikat dagangan awam dan dijenamakan semula daripada TSE kepada TSX.
Pelbagai perniagaan dari Kanada dan luar negara diwakili di bursa. Sebagai tambahan kepada sekuriti konvensional, bursa menyenaraikan pelbagai dana dagangan bursa, syarikat saham berpecah, amanah pendapatan dan dana pelaburan. Lebih banyak syarikat perlombongan dan minyak dan gas disenaraikan di Bursa Saham Toronto daripada mana-mana bursa saham lain.