Burung unta Early | |||||
---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||
Alam: | |||||
Filum: | |||||
Kelas: | |||||
Order: | |||||
Keluarga: | Struthionidae Vigors, 1825
| ||||
Genus: | Struthio
| ||||
Spesies: | S. camelus
| ||||
Nama binomial | |||||
Struthio camelus | |||||
Subspecies | |||||
| |||||
Struthio camelus distribution map
|
Burung unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.
Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Spesies yang terdapat di Timur Tengah, yakni S. c. syriacus, telah pun pupus. Ahli lain kumpulan Palaeognaths termasuk burung Rea, emu, kasuari serta burung terbesar diketahui tetapi sekarang terpupus, burung Aepyornis.