C-17 Globemaster III

C-17 Globemaster III
Kapal terbang C-17 Globemaster III semasa berlepas.
Peranan Pengangkut strategik
Pengeluar McDonnell Douglas/Boeing
Penerbangan sulung 15 September 1991
Mula digunakan 14 Julai 1993
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja British
Tentera Udara Diraja Australia
Tentera Udara Kanada
Jumlah dibina 179 buah setakat April 2008[1]
Dibangunkan dari McDonnell Douglas YC-15

Boeing (dahulunya McDonnell Douglas) C-17 Globemaster III adalah pesawat pengangkut strategik yang dikeluarkan oleh syarikat Boeing Integrated Defense Systems, dan kini digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Udara Diraja British, Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja Kanada.[2] NATO juga merancang untuk memperolehi kapal terbang pengangkut strategik ini.

C-17 Globemaster III berupaya membuat penghantaran strategik anggota tentera dan semua jenis kargo dengan pantas ke pangkalan operasi atau terus ke pangkalan hadapan dalam kawasan pergolakan. Kapal terbang ini juga berupaya untuk melaksanakan penghantaran udara taktikal, pemindahan perubatan dan misi penguguran dari udara. C-17 mendapat namanya daripada kapal terbang kargo Tentera Udara A.S sebelumnya iaitu, C-74 Globemaster dan C-124 Globemaster II.


C-17 Globemaster III

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne