CH-47 Chinook | ||
---|---|---|
Meriam katak M198 sedang diangkut oleh ambin CH-47 Chinook. | ||
Penerangan | ||
Jenis | Helikopter kargo | |
Pengeluar | Boeing Helicopters | |
Penerbangan sulung | 1 September 1961 | |
Pengguna pertama | Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Australia Tentera Udara Diraja Belanda Tentera Pertahanan Diri Darat Jepun | |
Variasi | Boeing Chinook (variasi UK) | |
Krew | 3 (juruterbang, pembantu juruterbang dan jurutera penerbangan) | |
Dimensi | ||
Panjang | 30.1 m (98 kaki 10 in) | |
Tinggi | 5.7 m (18 kaki 11 in) | |
Diameter rotor | 18.3 m (60 kaki 0 in) | |
Berat | ||
Berat tanpa muatan | 10,185 kg (23,400 paun) | |
Berat muatan penuh | 12,100 kg (26,680 paun) | |
Berat berlepas maksimum | 22,680 kg (50,000 paun) | |
Janakuasa | ||
Enjin | 2× kipas turbo Lycoming T55-GA-712 | |
Tujahan maksimum | 3,750 kuasa kuda (2,796 kW) setiap enjin | |
Persenjataan | ||
Meriam | M-134, mesingan mini 7.62 dan mesingan M-240 7.62 | |
Prestasi | ||
Kelajuan maksimum | 170 knot (196 batu/j, 315 km/j) | |
Kelajuan biasa | 130 knot (137 batu/, 220 km/j) | |
Jarak pemanduan | 400 batu nautika (450 batu, 741 km) | |
Altitud tertinggi | 5,640 m (18,500 kaki) | |
Kadar panjat | 10.1 m/s (1,522 kaki/min) |
Helikopter CH-47 Chinook adalah sejenis helikopter ketenteraan pengangkut berat berenjin kembar, rotor tandem. Kelajuan maksimum mampu mencecah 315 km/j. Dalam tahun 1966, Tentera Darat Amerika Syarikat diarahkan menyerahkan kesemua pesawat pengangkut C-7 Caribou kepada Tentera Udara Amerika Syarikat. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun 1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur. Dengan keupayaan angkat sehingga 10 tan, peralatan seperti meriam medan dan lain-lain peralatan berat (jentolak dsbg) boleh dipindahkan dengan cepat dan ditempatkan di tempat ia diperlukan. Dan ini dapat dilakukan tanpa memerlukan landasan kapal terbang yang khusus.
Sejak itu, helikopter CH-47 Chinook menjadi keperluan penting Tentera Darat. Helikopter ini boleh memuatkan sehingga 33 orang anggota tentera berbanding 8 hingga 10 orang yang boleh diisi dalam helikopter UH-1 Huey. Helikopter CH-47 Chinook boleh dipasangkan dengan 3 mesingan M60 untuk memberikan kebolehan memberikan tembakan bantuan kepada askar-askar yang mendarat. CH-47 Chinook menjadi pengangkut berat standard Divisyen Pertama Kavalri Udara.