Cathay Pacific Limited adalah syarikat penerbangan antarabangsa dan serantau untuk Hong Kong, Republik Rakyat China, dengan ibu pejabat dan hab utama terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Operasi syarikat penerbangan ini dan subsidiari membawa penumpang dan perkhidmatan kargo ke lebih daripada 190[11][12] destinasi di lebih daripada 60 buah negara termasuk perjanjian perkongsian dan joint ventures. Cathay Pacific beroperasi dengan pesawat berbadan lebar, terdiri daripada Airbus A330, Airbus A350 dan Boeing 777.[13] Cathay Pacific Cargo beroperasi dengan dua model pesawat Boeing 747. Syarikat subsidiari milik penuh Cathay Dragon terbang ke 44 destinasi di rantau Asia-Pasifik dari Hong Kong. Pada 2010, Cathay Pacific dan Cathay Pacific Cargo, bersama dengan Dragonair (dijenama semula Cathay Dragon), membawa hampir 27 juta penumpang dan lebih 1.8 juta tan kargo dan pos.
^Cathay Pacific Airways Limited (11 March 2020), Annual Report 2019(PDF), diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 13 May 2020, dicapai pada 13 May 2020