Jumlah penduduk | |
---|---|
~5000[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia (Melaka) · Singapura | |
Bahasa | |
Melayu (Bahasa Melayu Kreol Chet) · Bahasa English · Bahasa Tamil | |
Agama | |
Hinduism | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Tamil · }Melayu · Peranakan · India Malaysia · India Singapura |
Chitty, juga dikenali sebagai Chetty atau Chetti Melaka, adalah kumpulan etnik yang majoritinya terdiri daripada keturunan Tamil, yang kebanyakannya ditemui di Melaka, Malaysia dan Singapura. Mereka mula menetap sekitar abad ke-16. Turut dikenali secara tidak formal sebagai "Peranakan India," budaya Chitty banyak dipengaruhi oleh rantau Nusantara, sambil mengekalkan agama dan warisan Hindu mereka. Pada abad ke-21, populasi mereka dianggarkan berjumlah 2,000 orang.[2] Komuniti Chitty/Chetti berbeza daripada Chettiar, iaitu golongan peminjam wang yang dibawa dari Tamil Nadu ke Tanah Melayu British. Mereka adalah penganut Hindu.