Columbia Records | |
---|---|
Syarikat induk |
|
Diasaskan | 1887 | (sebagai Columbia Phonograph Company)
Pengasas | Edward D. Easton |
Label edaran | Sony Music Entertainment |
Genre | Pelbagai |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Lokasi | New York City, New York, A.S. |
Tapak web rasmi | www |
Columbia Records ialah label rakaman berpusat di Amerika Syarikat; ia dimiliki oleh Sony Music Entertainment, anak syarikat Sony Corporation of America iaitu cawangan Amerika Utara konglomerat Sony dari Jepun. Ia ditubuhkan pada tahun 1887, yang berkembang dari American Graphophone Company, pengganti kepada Volta Graphophone Company.[1] Columbia ialah syarikat rakaman bunyi tertua di dunia[2][3][4] serta syarikat penghasil rakaman utama kedua keseluruhannya.[5] Dari tahun 1961 hingga 1990, rakaman Columbia diedarkan luar Amerika Utara di bawah nama CBS Records untuk mengelakkan kekeliruan dengan Syarikat Columbia Graphophone milik EMI. Columbia ialah salah satu label rakaman perdana Sony Music bersama bekas saingan lamanya RCA Records, serta Arista Records dan Epic Records.
Artis di bawah Columbia termasuk Amerie, AC/DC, Willie Johnson Blind, Adele, Louis Armstrong, Tony Bennett, Beyoncé, Blind Willie Johnson, Dave Brubeck, The Byrds, Johnny Cash, Seohyun, Darren Hayes, Mariah Carey, The Chainsmokers, The Clash, Miles Davis, Rosemary Clooney, Neil Diamond, Celine Dion, Bob Dylan, Earth, Wind & Fire, Duke Ellington, 50 Cent, Erroll Garner, Benny Goodman, Adelaide Hall, Billy Joel, Janis Joplin, John Mayer, George Michael, Billy Murray, Pink Floyd, Santana, Frank Sinatra, Simon & Garfunkel, Bessie Smith, Bruce Springsteen, Barbra Streisand, Harry Styles, System of a Down, Andy Williams, Pharrell Williams, Bill Withers, Paul Whiteman dan Joe Zawinul.
|dead-url=
ignored (bantuan)