Darjah kebesaran Melayu adalah suatu sistem pengurniaan darjah kebesaran kepada seseorang yang dianggap berjasa kepada sesuatu negeri oleh Raja atau pemerintah. Di Malaysia dan Brunei, darjah kebesaran masih digunakan secara meluas. Akan tetapi, Singapura yang mana kesultanannya telah dihapuskan oleh British pada tahun 1891 telah mengguna pakai darjah kebesaran awam bagi pemimpin-pemimpin mereka.[1]
Berlainan sedikit dengan Indonesia, walaupun ia adalah sebuah republik, tetapi ia masih mengiktiraf beberapa pemimpin kebakaan dan sistem-sistem aristokrat yang mana kebanyakannya menyokong gerakan kemerdekaan pada tahun 1945. Sebagai contoh, mendiang isteri Suharto adalah Raden Ayu Siti Hartinah bukan seperti sesetengah mengatakan bahawa beliau adalah Madame Suharto.
Pada masa ini, Malaysia, Brunei dan beberapa provinsi di Indonesia masih lagi menganugerahkan gelaran dan darjah kebesaran. Berikut merupakan apa yang khusus untuk sistem Malaysia. Rujukan untuk Brunei dan Indonesia diberi apabila ia bersangkut paut.
Di Malaysia, semua gelaran bukan berasaskan keturunan boleh dianugerahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Setiap gelaran mempunyai suatu bentuk gelaran yang boleh digunakan oleh isteri pemegang gelaran berkenaan. Bentuk ini tidak boleh digunakan oleh suami yang mempunyai isteri yang telah dianugerahkan gelaran; tetapi tidak sebaliknya.
Turutan ini seharusnya digunakan apabila hendak membuat satu panggilan nama seseorang seperti berikut:-
Cara penganugerahan, pangkat profesional, gelaran diraja, gelaran persekutuan, gelaran negeri, gelaran keturunan bukan diraja, Doktor (perubatan atau falsafah), Haji/Hajah (Jawi: حاج/حاجة ) (bagi Muslim lelaki dan wanita yang telah menunaikan haji), Nama.
"Kaedah" yang dibawa oleh kebaikan gelaran diraja dan bangsawan diraja biasanya berjaya menundukkan gelaran bukan diraja. Kerabat diraja lelaki mungkin menggunakan nama "al-Haj" (الحج) kepada nama mereka jika dibandingkan dengan menggunakan "Haji".