Denmark

Kerajaan Denmark
كراجأن دينمارك
Kongeriget Danmark
Bendera Denmark
Jata Denmark
Bendera Jata
Cogan katatiada
(Moto diraja: Guds hjælp, Folkets kærlighed, Danmarks styrke
"Bantuan tuhan, Kasih Rakyat, kekuatan Denmark")
Lagu kebangsaanDer er et yndigt land (kebangsaan)
Lokasi  Denmark  (dark green) – di Eropah  (light green & dark grey) – di kesatuan Eropah  (light green)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Denmark  (dark green)

– di Eropah  (light green & dark grey)
– di kesatuan Eropah  (light green)  –  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Copenhagen
Bahasa rasmiBahasa Denmark1
Kumpulan etnik
(2020)
KerajaanDemokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan
• Raja
Frederik X
Mette Frederiksen
Søren Gade
• Kerajaan cammpuran
Campuran VK
Penyatuan 
Abad ke-8
Keluasan
• Jumlah
42,931 km2 (16,576 bt2)
• Perairan (%)
1.6²
Populasi
• Perkiraan Februari 2023
Neutral increase 5,935,619[3][N 2] (ke-112)
138.29/km2 (358.2/sq mi)
KDNK (PPP)2024
• Jumlah
USD462.019 bilion[N 3][4] (ke-52)
USD77,641[4] (ke-10)
KDNK (nominal)2024
•  Jumlah
USD409.989 bilion[N 3][4] (ke-37)
$68,898[4] (ke-9)
Gini (2022)negative increase 27.7[5]
rendah
HDI (2022) 0.952[6]
sangat tinggi · ke-5
Mata wangKrone Denmark
(DKK)
Zon waktuUTC+1 (CET²)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST²)
Arah memandukanan
Kod panggilan+454
Kod ISO 3166DK
DPT internet.dk2,3
1 Rasmi bersama dengan bahasa Greenland di Greenland, dan Faroe di Kepulauan Faroe. Bahasa Jerman diiktiraf sebagai bahasa minoriti terlindung di kawasan Jutland Selatan (Sønderjylland) di Denmark. Bahasa Denmark diiktiraf sebagai bahasa minoriti terlindung di kawasan Schleswig-Holstein di Jerman.
² Untuk Denmark tidak termasuk Kepulauan Faroe dan Greenland.
³ TLD .eu dikongsi bersama dengan negara Kesatuan Eropah lain.
4 Kepulauan Faroe menggunakan +298 dan Greenland menggunakan +299.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "accessionEUdate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "HDI_category"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"

Denmark (Denmark: Danmark; ejaan lama: Denmak atau Denmar[7]) merupakan negara Nordik yang paling kecil. Negara ini terletak di semenanjung Scandinavia, iaitu di utara Eropah. Denmark bersempadankan Laut Baltik dan Laut Utara, serta mempunyai semenanjung yang bersambung dengan Jerman dan pulau pulau kecil. Denmark terletak di utara Jerman dan Poland, timur laut Sweden dan selatan Norway. Tambahan, Greenland dan Pulau Faroe menjadikan raja Denmark sebagai ketua negara (sama seperti Australia, New Zealand dan Kanada yang menjadikan Ratu Britain sebagai ketua negara mereka), tetapi mempunyai hak untuk memerintah secara berasingan.

Penyatuan kerajaan Denmark mula pada abad ke-10 apabila Denmark mengawal Laut Baltik. Denmark kemudian mengawal Kesatuan Kalmar yang diasaskan pada 1397 (terhadap Norway dan Sweden). Kesatuan ini berakhir pada 1523 apabila ia "digantikan" oleh Sweden, Walau bagaimanapun, Denmark tetap mengekalkan kesatuan itu ke atas Norway sehingga ia dibubarkan pada 1814. Selain itu, Denmark juga meluaskan tanah jajahannya dari kesatuan ini, sehingga Kepulauan Faroe dan Greenland. Denmark juga bangkit selepas kekalahan mereka dalam Perang Scleswig Kedua yang menyemarakkan semangat nasionalisme Denmark. Denmark mengekalkan kedudukan neutralnya pada Perang Dunia Pertama. Pada April 1940, tentera Jerman melancarkan serangan ke atas Denmark. Selepas kejayaan Jerman, Jerman menduduki Denmark sehingga Jerman menyerah kalah kepada Pihak Berikat pada Mei 1945. Denmark menjadi pengeksport terbesar produk pertanian pada separuh kedua abad ke-19.

Perlembagaan Denmark ditandatangani pada 5 Jun 1849 yang menamatkan monarki mutlak yang bermula sejak 1660. Kini, raja Denmark Ratu Margrethe II melaksanakan pemerintahan perlimen demokrasi. Parlimen kebangsaan dan kerajan berpusat di Copenhagen, ibu negara dan bandar terbesar serta pusat komersial utama Denmark. Denmark kini menjadi ahli Kesatuan Eropah pada 1973 dan menggantikan mata wang krone kepada euro. Selain itu, Denmark juga ahli NATO, Majlis Nordic, OECD, OSCE dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Denmark menikmati taraf hidup yang tinggi dan negara yang berkedudukan baik pada pendidikan, kesihatan, kebebasan awam, kemakmuran dan pembangunan manusia. Negara ini berkedudukan tinggi pada mobiliti sosial. Denmark antara salah satu negara mempunyai per kapita tertinggi. Pada tahun 2014, Denmark merupakan negara pencen terbaik di dunia.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "N", tetapi tiada tag <references group="N"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "Bekendtgørelse af ILO-konvention nr. 169 af 28. juni 1989 vedrørende oprindelige folk og stammefolk i selvstændige stater". Retsinformation.dk. 9 October 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2020. Dicapai pada 30 September 2020.
  2. ^ "Den dansk-tyske mindretalsordning". UM.dk. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2020. Dicapai pada 30 September 2020.
  3. ^ "Population and population projections". Statistics Denmark. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2018. Dicapai pada 11 August 2022.
  4. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2024 Edition. (Denmark)". Tabung Kewangan Antarabangsa. 16 April 2024. Dicapai pada 17 April 2024.
  5. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income – EU-SILC survey". ec.europa.eu. Eurostat. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2020. Dicapai pada 25 November 2023.
  6. ^ "Human Development Report 2023/24" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Rabnncangan Pembangunan PBB. 13 March 2024. m/s. 288. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2024. Dicapai pada 13 March 2024.
  7. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Denmak". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 272 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.

Denmark

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne