Dewan Negeri Johor | |
---|---|
ديوان نڬري جوهر | |
Jenis | |
Jenis | Satu dewan |
Dewan | Dewan negeri |
Kepimpinan | |
Sultan | Sultan Ibrahim sejak 23 Januari 2010 |
Yang di-Pertua | |
Timbalan Yang di-Pertua | |
Ketua Pembangkang | |
Jurutulis | Puan Zarina binti Abdul Kadir[1] |
Struktur | |
Ahli | 56 |
Kumpulan politik | (Setakat 16 Ogos 2024[kemas kini])
Kerajaan (40) Pembangkang (16) PN (3) MUDA (1) |
Pilihan raya | |
Pilihan raya terakhir | 2022 |
Tempat persidangan | |
Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor | |
Laman sesawang | |
dewannegeri | |
sunting |
Dewan Negeri Johor (Tulisan Jawi: ديوان نڬري جوهر) terdiri daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang diadakan di dalam tempoh sepenggal (5 tahun). Dewan Negeri Johor dinaungi oleh Baginda Sultan Johor sebagai Ketua Negeri. Speaker atau Yang Dipertua Dewan Negeri Johor yang terkini ialah Mohd Puad Zarkashi. Kesemua ahli-ahli politik bagi Dewan Negeri Johor bersidang di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.[1] Berdasarkan Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 Bahagian 2 Fasal 2, pembukaan rasmi Dewan Negeri Johor dilakukan oleh Sultan pada setiap pertengahan tahun di Bangunan Sultan Ibrahim. Dewan Negeri yang hendak bersidang mestilah mempunyai bilangan Ahli mengikut jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (56 bagi penggal sekarang), yang termasuk seorang Speaker, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) dan Ahli Dewan Negeri.