Istilah diaspora (bahasa Yunani kuno: διασπορά, "penyebaran atau penaburan benih")[1] merujuk kepada mana-mana bangsa atau penduduk etnik yang terpaksa atau terdorong untuk meninggalkan tanah air etnik tradisional mereka; penyebaran mereka di pelbagai kawasan pelosok dunia serta perkembangan yang wujud hasil penyebaran dan budaya mereka.[2][3]
Pada abad ke-20, terdapat banyak berlakunya penghijrahan etnis-etnis berbeza secara besar-besaran disebabkan faktor tertentu seperti peperangan serta bangkitnya nasionalisme, fasisme, komunisme dan rasisme, tambahan lagi kerana pelbagai bencana alam dan kehancuran ekonomi. Pada permulaan abad ke-20 terutamanya, ratusan juta orang terpaksa melarikan diri dari seluruh benua Eropah, Asia, dan Afrika Utara. Banyak dari para mereka ini cenderung berhijrah ke negara-negara di benua-benua Amerika yang dianggap maju dari segi pembangunan.