Dinosaur

Dinosauria
Julat zaman:
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Superorder:
Dinosauria

Order
Taman Dinosaur di Johor, Malaysia.

Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr Richard Owen untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun 1842. Bukan semua haiwan yang hidup pada zaman prasejarah itu dianggap sebagai dinosaur.

Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada 30 meter panjang (100 kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor ayam. Kehidupan dinosaur juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup dalam kawanan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan. Setakat 2016, bilangan anggaran spesies dinosaur yang diduga hidup pada zaman Mesozoik ialah 1,543–2,468 ekor spesies.[1][2]

Dinosaur mempunyai ciri-ciri pembiakan seperti burung, iaitu membuat sarang, bertelur serta menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus di dalam sangkak yang dibuat daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh ditimbus di dalam lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir.

Fosil dinosaur pertama telah diiktiraf pada awal abad ke-19, dengan nama dinosaur ("cicak dahsyat") dicipta oleh Sir Richard Owen pada 1841 untuk merujuk kepada "cicak fosil hebat". Sejak itu, rangka dinosaur fosil terpasang telah menjadi tarikan utama di muzium di seluruh dunia, dan dinosaur telah menjadi sebahagian daripada budaya popular yang ketara. Saiz besar beberapa dinosaur, serta sifatnya yang kelihatan mengerikan dan hebat, telah memastikan penampilan lazim mereka dalam buku dan filem terlaris, seperti Jurassic Park. Keghairahan orang ramai yang berterusan terhadap haiwan ini telah menghasilkan pembiayaan yang besar untuk sains dinosaur, dan penemuan baharu sentiasa dilaporkan media.

  1. ^ Starrfelt, Jostein; Liow, Lee Hsiang (2016). "How many dinosaur species were there? Fossil bias and true richness estimated using a Poisson sampling model". Philosophical Transactions of the Royal Society B. London: Royal Society. 371 (1691): 20150219. doi:10.1098/rstb.2015.0219. ISSN 0962-8436. PMC 4810813. PMID 26977060.
  2. ^ Black, Riley (March 23, 2016). "Most Dinosaur Species Are Still Undiscovered". National Geographic News. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2021. Dicapai pada 6 Jun 2021.

Dinosaur

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne