Disko

Disko [dis-ko] (bahasa Inggeris: disco) ialah salah satu genre muzik untuk menari yang berkembang tahun 1970-an di kelab-kelab menari Amerika Syarikat. DJ di kelab menari akan memutarkan serangkaian lagu dari piring hitam tanpa berhenti supaya orang dapat terus menari tanpa berhenti. Istilah disko juga digunakan untuk acara, ruang dan tempat orang menari.

Genre ini mendapat namanya sejak tahun 1950-an daripada discothèque [dis-ko-taek], istilah bahasa Perancis gabungan disque (piring [hitam]" dan‎ bibliothèque "perpustakaan";[1] perkataan ini asalnya meruju kepada kelab-kelab malam yang memainkan piring hitam " sewaktu pendudukan pihak Nazi di Perancis pada dekad sebelumnya semasa Perang Dunia Kedua.[1]

  1. ^ a b "The birth of disco". Oxford Dictionaries. Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada April 16, 2016. Dicapai pada Ogos 25, 2015.

Disko

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne